Kolumnis

Sandiwara Tian Chua & Keadilan Daily

APA jenis bodoh puak-puak pembangkang dalam mengendalikan kontroversi yang timbul lanjutan dari dakwaan Tian Chua bahawa insiden di Lahad Datu sekarang adalah satu sandiwara UMNO?

Penulis katakan begitu setelah membaca komen 2 wartawan Keadilan Daily mengenai kenyataan Tian Chua tersebut.

Dua wartawan itu, Fazallah Pit dan Aisha Geoffry dipetik media sebagai berkata:

“Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza.

“Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu”.

Dakwaan sandiwara UMNO dengan polis sudah terkorban atau tidak, apa kaitan? Apakah kalau tidak ada polis mati bermaksud itu sandiwara, kalau ada polis mati, bukan sandiwara?

Ini macam mana ni? Susah betul nak jelaskan pada bekas-bekas anggota polis dan tentera yang ternyata berang dengan kenyataan biadap Tian Chua tersebut.

Padanlah tidak begitu banyak pemimpin pembangkang yang nak pakai kenyataan Tian Chua ni, melainkan seorang dua bekas Jeneral dan Laksamana tentera yang baru nak masuk politik.

Pelik campur ajaibnya, majoriti puak ini yang penulis temui untuk mendapatkan pandangan mengenai isu ini, turut memberikan jawapan hampir sama bila ditanya, kenyataan diputar belit, polis belum mati.

Apa yang putar belit and above all, apa kaitan dengan polis dah mati atau tidak?

Tapi inilah warna warni pembangkang yang ramai orang tidak sedar. Permainan perkataan macam ini Anwar cukup-cukup pakar, maka itu, dan 2 nama yang disebutkan di atas pun, begitu jugalah.

Lain kita tanya, lain jawab dia.

Rakyat perlu tolak pemimpin dan parti macam ini. Seperti yang pernah penulis jelaskan sebelum ini, dakwaan sandiwara ini adalah taktik pembangkang untuk mengalihkan perhatian daripada pembabitan pemimpin atau ahli-ahli mereka dalam kejadian tersebut.

PAS dah guna lama dah dakwaan sandiwara ini, dari isu Memali sampai ke Sauk. Natijahnya, semua yang terkorban dalam kejadian tersebut, termasuk pelakunya yang dihukum gantung kerana menyebabkan kejadian itu (Sauk, 2000), tidak bangkit dari kubur – kalau betullah itu hanya sandiwara.

Sebab kali ini yang terlibat Anwar, bukan mana-mana pemimpin PAS, maka PAS senyap sunyi dari main isu sandiwara.

Malah pemimpin-pemimpin PAS macam Nik Aziz, berebut-rebut pulak nak inter-frame di lapangan terbang Pengkalan Chepa semasa ketibaan 2 orang askar yang terkorban dalam pertempuran dan kemalangan di Lahad Datu semalam.

Betul punya hipokrit.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");