Jenayah

Susulan insiden Lahad Datu: ‘Pesanan ayah masih terngiang’

Hazreq Zafri sentiasa mengingati pesan ayahnya supaya rajin belajar.

SUNGAI BESAR – Pesanan ayah supaya belajar rajin-rajin masih terngiang di telinga anak Allahyarham  Koperal Sabarudin Daud.

Hazreq Zafri, 12, yang ditemui ketika upacara pengebumian ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Parit 1 menitiskan air mata apabila mengenangkan pesanan tersebut.

Menurut Hazreq, dia seolah-olah bermimpi apabila mendapat perkhabaran tragedi menimpa ayahnya itu.

“Saya betul-betul tidak menduga ayah pergi tinggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

Anak sulung arwah, Haziq Wahiduzzaman, 19, berkata, dia tidak sangka pertemuan dengan bapanya ketika cuti Tahun Baru Cina lalu merupakan pertemuan terakhir mereka.

Katanya, ayahnya tidak menunjukkan tanda pelik pada waktu itu yang menunjukkan dia akan pergi buat selamanya.

“Sebelum berangkat ke Lahad Datu, ayah berpesan agar kami belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa bantu-membantu sesama ahli keluarga. Berita kematiannya yang saya terima ketika berada di Asrama Yayasan Melaka mengejutkan, namun saya reda pemergiannya,” katanya sayu.

Haziq yang belajar di Kolej Yayasan Melaka dalam jurusan Sains dan Komputer bercita-cita menjadi jurutera Program Komputer sentiasa diberi dorongan dan galakan oleh arwah ayahnya untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan.

Sementara itu, anak perempuan arwah, Haziqah Zuhaira, 16, pula tidak dapat menahan sebak dan kesedihan setelah menerima berita kepergian bapa dan hanya mampu mengalirkan air mata sepanjang upacara pengebumian itu.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");