Membawang Hari Ini

Adira dating bawa pengawal peribadi

PENAT-PENAT balik kerja minggu lepas, Diva teringin juga nak pekena teh tarik atau minum di lobi hotel tapi memandangkan poket tak berapa nak merestui, Diva pun pilihlah kawasan lepak yang menjadi tumpuan ramai di pinggir ibu kota.

Tengah-tengah layan buih teh tarik, terjeling pula mata Diva ke arah sepasang anak muda. Bukan main manja dan mesra alam, siap belai-belai rambut, sentuh-sentuh pipi bagai lagi. Putih gebu pula budak perempuan itu. Jeling punya jeling, rupa-rupanya artis.

Ingat teringin juga nak ambik gambar, alah nak tayang kat Instagram tapi bila Diva perasan ada dua orang pengawal peribadi siap macam nak kawad kat sebelah pasangan berkenaan, terus niat Diva terbantut. Takut! Manalah tahu abang pengawal yang siap pakai sut hitam itu bagi buku lima kat muka Diva. Manalah Diva nak cari duit ganti silikon kat pipi lagi sekali. Eh, pecah lubang pula.

Ceritanya bukan Diva, tapi artis tadi. Rambutnya pendek, genit dan bersuara meletup Ombak Rindunya, siapa lagi kalau bukan Adira. Ini bukan fitnah tau, tapi Diva nampak sendiri. Nak pergi salam sebenarnya, tapi itulah takut tengok pengawal keselamatan di kiri dan kanan.

Entah anak orang kenamaan mana atau anak raja mana yang bersama Adira pada malam itu, tidaklah pula Diva pasti. Yang pasti ganteng!

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");