Kolumnis

Anwar Nak Selesai Masalah Keluarga Sendiri Pun Tak Boleh

KACAU!!   Tak tulis tak boleh ni, nanti rasa macam berhutang dengan rakyat.

Isunya, tak berapa lama selepas diumumkan Anwar bahawa bininya Wan Azizah tak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, anak sulungnya Nurul Izzah tampil bersuara “Siapa cakap mak I tak bertanding?  Itu semua cakap politik”, bapak kaulah cakap, bapak kaula cakap politik!!

Ini baru masalah kecil, Azizah nak bertanding atau tidak saja pun, itupun Anwar tak boleh selesaikah?  Macam mana nak selesai masalah PAS dan DAP – atau tak selesai mana pun, serah pada parti masing-masing sahaja untuk selesai, Anwar apa peranan pun tak ada melainkan jadi tukang umum?  Kalau ini benar, jangan hairanlah kenapa soal pembahagian kerusi di kalangan pembangkang ni masih tak selesai-selesai.

Masa inilah rakyat kalau nak nilai Anwar pun dalam bab menyelesaikan masalah dalaman keluarga dan parti yang dia pimpin.  Cakap besar bolehlah, saya itu, saya ini, itu saya boleh kasi selesai, ini saya boleh kasi selesai.  Alih bila masa yang sebenarnya sampai (pilihanraya umum), masalah dalam rumah dia sendiri pun tak boleh nak selesaikan.  Dia cakap lain, anak cakap lain, ‘bini’ (Azmin) cakap lain.

Itu belum Azizah bukak mulut lagi, tak tahulah apa yang lain.

Entah apa yang dibualkan dirumah pun tak tau.  Orang biasa macam kita ni, masalah yang semacam ini kalau timbul, dah lama selesai dah.  Apa yang susah, “You nak bertanding ke tidak?”  Susah sangat ke?  Tapi itupun Anwar tak boleh nak selesaikan.

Negara kita ini ada macam-macam cabaran.  Dengan ekonominya, dengan pertahanannya, kewangan, pertahanan, rakyat dan segala 1001 macam yang lain.  Semua ini perlukan pemimpin yang berpengalaman dan tegas untuk mengendalikan situasi-situasi sukar.

Macam insiden di Lahad Datu, kita perlukan seorang macam Datuk Seri Najib yang tegas dan berani buat keputusan.  Kalau dia sebut bincang, kita bincang, kalau dia sebut berhenti bincang, serang, kita serang.  Tak ada lagi undur belakang!!

Kalau Anwarlah di tempat Datuk Seri Najib gamaknya, mahu kalau dia kata serang, tengah-tengah jet pejuang nak gugur bom, “eh, berhentilah serang dulu, kita bincang balik”….hahahahaha.

Rakyat tak perlu pemimpin yang macam ini, tak tegas dan tidak ada pendirian.  Itu bukan pemimpin tapi yang dipimpin.  Cukuplah dulu dah ada seorang, tak payah ada yang lain lagi.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");