Perak Hari Ini

BN Perak Serah Kepimpinan Pusat Tentukan Kedudukan Kamilia

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pusat untuk menentukan kedudukan Naib Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Kamilia berhak bertanding sebagai calon meskipun sebelum ini beliau ditawarkan bertanding di DUN Bukit Chandan.

“Apabila beliau mengambil keputusan itu, maka beliau bukan lagi ahli parti dan tindakan selanjutnya selaras dengan kedudukannya sebelum ini.

“Kita sudah membuat keputusan dan memberi alasan terbaik dalam hal ini dan saya tidak begitu bimbang kerana apa yang kita diputuskan ini adalah berdasarkan kepada maklumbalas di peringkat akar umbi

“Apabila pucuk pimpinan Pusat menawarkan beliau bertanding kerusi DUN Bukit Chandan, beliau seharusnya akur dan menerima tawaran itu,” katanya lagi.

Sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemecatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim daripada parti itu kerana bertanding calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kamilia gugur serta merta selepas bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen berkenaan.

Pada sidang media selepas proses penamaan calon untuk kerusi Parlimen Pagoh, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita atas tindakan Kamilia itu.

“Kamilia sebagai antara ahli senior dalam parti seharusnya lebih arif dengan segala peraturan ditetapkan parti selama ini,” katanya.

Sementara itu, Kamilia dalam Facebooknya mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");