Membawang Hari Ini

Bukan elak publisiti

 

Bukan tidak menghiraukan publisiti, sebaliknya pelakon yang namanya mula melonjak selepas drama bersiri, Setia Hujung Nyawa, Amar Asyraf, mengakui ada kala terpaksa menolak undangan fotografi kerana jadual kerja yang terlalu padat.
Pemuda yang mula melangkah ke dunia lakonan hampir empat tahun lalu itu mengakui, impak drama Setia Hujung Nyawa terlalu besar sehingga dia sendiri kini tidak menang tangan menerima tawaran berlakon.

Selain sibuk memenuhi tawaran lakonan, tumpuan juga harus diberikan jejaka ini terhadap syarikat penerbitan teater yang ditubuhkan bersama tunangnya sejak setahun lalu, iaitu Ava Stage.

Tiada masa lapang

“Saya bukannya sengaja mengelak publisiti, tetapi sejak Setia Hujung Nyawa menjadi fenomena, jadual lakonan saya semakin penuh. Selesai penggambaran jam 10 malam, saya perlu bergegas ke sesi latihan teater terbitan syarikat sendiri.

“Biasanya, saya akan meluangkan masa sehingga jam 2 hingga 3 pagi di sana. Keesokan harinya pula saya perlu bangun awal untuk bersedia ke lokasi.

“Kini, rutin saya saban hari memang begitu, jadi manalah ada masa lapang? Pada masa sama, dalam waktu terdekat saya juga bakal berkahwin. Jadi, selain sibuk dengan kerja, tumpuan juga perlu diberikan kepada persiapan kahwin.
“Akibat terlalu sibuk, saya terpaksa menghampakan permintaan sesetengah media yang berhasrat mengadakan sesi fotografi,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran telefilem, Azam Berazam.

Naik pelamin Jun ini

Ujar anak jati Melaka ini lagi, dia berharap penjelasannya itu dapat diterima semua pihak berkenaan, seterusnya dia berharap tiada lagi yang akan mempertikaikan tindakannya mengelak daripada menjayakan fotografi.

Sebagai pelakon yang sedang mencipta nama, Amar akui publisiti cukup penting dalam membantu mengembangkan lagi kerjaya seninya. Namun, dia tiada pilihan, lantaran terikat dengan komitmen yang lebih penting.

“Saya perlu mengutamakan kerja. Takkanlah saya kena utamakan publisiti sehingga melanggar perjanjian yang sudah terlebih dulu ditandatangani? Saya tidak mahu reputasi terjejas kerana melanggar kontrak.

“Saya harap semua pihak faham kedudukan saya ketika ini. Insya-Allah, saya akan cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin sekiranya tidak terikat dengan pelbagai kerja nanti,” katanya yang bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis biasa pada Jun nanti.

– BERITA HARIAN
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");