Kolumnis

Hampir Pasti DAP Bertanding 90 Kerusi Parlimen

TINDAKAN pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meninggalkan kerusi selamat masing-masing dan berpindah ke kerusi lain untuk menambah jumlah kerusi parlimen yang bakal dimenangi Pakatan haram itu, menunjukkan bahawa ura-ura DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen seperti yang diwar-warkan beberapa bulan dulu, semakin menjadi kenyataan.

Memanglah, takkanlah Kit Siang tinggalkan Ipoh Timur, Kulasegaran tinggalkan Ipoh Barat, Foh Kuan tinggalkan Batu Gajah dan lain-lain tu untuk calon PAS atau PKR mengisi tempat tersebut. Dah tentulah calon DAP juga yang akan bertanding. Serupa bila Anwar tinggalkan Permatang Pauh supaya calon PKR juga yang akan bertanding di situ!!

Logiknya, memang bertambahlah kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada DAP, bukan lagi 50 seperti yang disebutkan Guan Eng bagi menyangkal dakwaan DAP bertanding 90 kerusi parlimen tahun lepas.

Ini menunjukkan PAS semakin hari semakin menjadi pencacai kepada 2 gergasi besar dalam Pakatan Rakyat. PAS ni cerita banyak bolehlah, hakikatnya dia bukan ada pun, habuk saja. Baru si Nizar Pasir Panjang umum nak bertanding di Changkat Jering, dah kena sembur dengan PKR. Sampai sekarang, tak siapa pun yang tak tahu apa ceritanya di kawasan tersebut.

Tapi yakinlah, macam mana pun PAS akan menurut, atau undi cina DAP tidak akan sampai kepada PAS, mana mau?

Dalam masa yang sama, ini juga bukti Anwar hanya jadi pencacai DAP. Kalau tidak kerana jumlah kerusi yang dikuasai Cina di negara ini jauh lebih kurang dari kerusi Melayu, mahu juga Anwar setuju serah lebih banyak kerusi kepada DAP untuk parti tersebut bertanding.

Buktinya, tidak banyak kerusi yang DAP serah pada PKR untuk parti tersebut meletakkan calon. Kalau ada sekalipun, semuanya adalah kerusi yang DAP tidak yakin boleh menang atau bagi cabaran. DAP tak peduli kuantiti kerusi bertanding, dia lebih utamakan peluang untuk menang. Kalau DAP sudah sasar kerusi yang dia yakin, jangan haraplah orang lain nak mencelah disitu, boleh lupakan saja.

Semua ini kalau tak juga menyedarkan orang Melayu, penulis tak tahulah nak cakap macam mana. Orang Melayu semakin lama semakin terasing di bumi sendiri. BIsnes diaorang sudah kawal, kerajaan dan politik pun diaorang akan kawal juga. Terima kasih kepada melayu tak sedar diri macam Anwar, Hadi Awang, Nik Aziz dan lain-lain.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");