Kolumnis

Jadi Calon Pun Belum Tentu Menang

INI masalah dengan segelintir orang UMNO, terutama yang namanya tidak naik sebagai calon pilihanraya. Pada orang macam ini, bila nama tak dicalonkan, itulah pengakhirnya kehidupan mereka. Sedangkan kalau kita lihat dari sejarah, jatuh bangun wakil rakyat ini adalah perkara lumrah.

Hal ini penulis rujuk kepada satu demonstrasi yang dijalankan so called penyokong-penyokong BN dan UMNO hari ini yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di kawasan mereka. Pada saat artikel ini ditulis, belum pun rasmi watikah perlantikan calon dibuat, tapi dah ada demonstrasi? Ini lagi buruk perangai dari orang PAS dan PKR pun.

Puak-puak kera ini, walaupun tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang ditentukan kepimpinan parti masing-masing, menunggu sehingga pengumuman rasmi dibuat barulah nak melancarkan mogok atau bantahan, sedangkan apa yang berlaku di Kelana Jaya pagi tadi, calon belum pun diumumkan secara rasmi tapi bantahan mula dah!! Apa sudah jadi Kelana Jaya?

Bercakap tentang Kelana Jaya ini menarik juga kerana disinilah Tan Sri Muhamad Mohd Taib menjadi Ketua Bahagiannya. Bergegar dunia siber politik ini semalam bila ada ura-ura Mat Taib akan menyertai PAS setelah kecewa diketepikan UMNO sekian lama. Nasib baik hari ini ada penafian, kalau tidak mau lagi kecoh.

Balik pada cerita tadi.

Penulis katakan, jenis orang yang kebulur sangat nak jadi calon macam ini bukan benar-benar nak berkhidmat kepada rakyat. Segala kerja-kerja membantu rakyat yang dijalankannya sebelum ini juga sah tidak ikhlas kerana ia dibuat semata-mata untuk mengejar kedudukan sebagai calon, bukan sebab nak sangat bantu rakyat.

Jadi kalau Perdana Menteri tak pilih orang ini sebagai calon, keputusan itu memang tepat kerana Perdana Menteri mencari pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat, bukan sebaliknya. Taraf BN jauh lebih tinggi dari pembangkang yang hanya letak calon semata-mata untuk mencari/mengekalkan kuasa, bukan nak sangat berkhidmat pun.

Paling penting sekali, walaupun dah dicalonkan, masih tidak ada jaminan bahawa calon tersebut akan menang pun. Menjadi calon ini satu hal, capai kemenangan, satu hal lain.

Justeru kepada orang-orang yang kecewa sangat tak dipilih sebagai calon, ingatlah dengan hakikat itu. Buat apa nak tunjuk buruk perangai sangat sedangkan perkara itu (pencalonan) belum menjamin apa-apa lagi pun!! Mungkin belum sampai masa kita lagi, belum ada rezeki kata orang.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");