Perak Hari Ini

Kemelut DUN Tronoh Selesai: BN Parlimen Batu Gajah Ikrar Kerjasama Hadapi PRU-13

Kemelut berhubung bantahan terhadap keputusan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang memutuskan kerusi DUN Tronoh akan ditandingi calon MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akhirnya menemui jalan penyelesaian.

Pengerusi BN Parlimen Batu Gajah, Datuk Yusof Kasim berkata, kesemua ahli ketua kampung dan ahli Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mahu meletak jawatan akhirnya berikrar untuk terus bekerjasama membantu BN menghadapi pilihan raya kali ini.

“Masalah tempoh hari yang menyaksikan segelintir pemimpin dan penyokong MCA tidak berpuas hati kerusi DUN Tronoh kepada MIC akhirnya dapat diselesaikan.

“Kami di sini kini bersatu untuk menumpukan kepada pilihan raya bagi memastikan semua calon yang bertanding di Parlimen Batu Gajah beroleh kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama-sama ketua PDM yang hadir sebagai tanda memberi sokongan terhadap keputusan yang dibuat peringkat kepimpinan tertinggi BN.

Yusof yang juga Ketua UMNO Bahagian memberitahu, operasi 23 PDM yang terganggu disebabkan perbalahan tempoh hari kini kembali berjalan lancar bagi melaksanakan gerak kerja yang telah diatur.

“Persiapan PDM telah dibuat dalam masa singkat tetapi terhenti seketika berikutan masalah tempoh hari namun di atas perbincangan bersama, mereka akhirnya bersetuju dan akur satu kerusi DUN diberikan kepada MIC.

“Semua ahli PDM kembali bekerja kuat dan minta saya datang untuk meninjau PDM masing-masing,” kata Yusof.

Di Parlimen Batu Gajah, sebanyak 38 PDM dibuka bagi melancarkan proses membuang undi yang ditetapkan pada 5 Mei depan.

Beliau menambah, melalui semangat baru yang terbina selepas kemelut terbabit, beliau percaya kerja kuat serta kerjasama yang ditampilkan oleh ahli MIC dan MCA akan memberi laluan mudah kepada BN untuk merampas semula parlimen berkenaan dari tangan pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");