Berita Hari Ini

Manifesto BN: Wanita Bakal Nikmati Lebih Peluang Untuk Berdikari

Dalam usaha memastikan kaum wanita lebih berkeupayaan untuk berdikari, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, BN juga berjanji akan mewujudkan lebih banyak insentif untuk kaum wanita bekerja dari rumah, dengan lebih penekanan kepada golongan ibu tunggal, menurut Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke 13 yang bertemakan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu.

Dasar-dasar kerajaan BN selama bertahun-tahun telah memberikan pilihan kepada wanita untuk berada di barisan depan perniagaan dan inovasi tanpa mengetepikan naluri semula jadi mereka sebagai suri rumah.

Selain itu, BN juga berjanji akan menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional, dan menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang tanpa mengira jantina.

BN dalam manifestonya juga akan melipatgandakan usaha untuk menghapuskan gangguan seksual dan penderaan di rumah dan tempat kerja, dengan mengetatkan undang-undang demi menyediakan persekitaran yang lebih selamat kepada kaum wanita.

Kerajaan BN setakat ini telahpun meluluskan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja serta meluluskan garis panduan tentang gangguan seksual di tempat kerja dalam Perkhidmatan Awam.

Manifesto BN juga berjanji akan membuka pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

Dalam usaha mempertingkatkan kedudukan wanita dalam membuat keputusan, kerajaan BN telahpun melaksanakan dasar bagi memastikan penyertaan wanita dalam membuat keputusan korporat dengan menggalakkan pelantikan wanita sehingga 30 peratus daripada jawatan-jawatan tertinggi korporat, dan sekurang-kurangnya seorang wanita dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat GLC.Kerajaan BN juga telah memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) yang menyediakan latihan kemahiran keusahawanan kepada ibu tunggal, dan mewujudkan program GetMalaysian Business Online (GMBO) dengan peruntukan RM50 juta untuk meningkatkan jualan produk-produk usahawan wanita secara online.

Selain menambah jumlah cuti bersalin untuk wanita dalam sektor awam daripada 60 hari kepada 90 hari, kerajaan BN juga telah menyediakan pemeriksaaan percuma mamogram untuk wanita dan imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) kepada remaja perempuan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");