Kolumnis

Pembangkang Sudah Sediakan “Batu Nesan” Di Sarawak?

Saya yakin parti-parti pembangkang di Sarawak kini berada di dalam keadaan tertekan apabila dilaporkan Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Tonny Muari, bertindak keluar parti baru-baru ini.

Susulan dari tindakan mengejutkan ramai pihak di Bumi Kenyalang itu, dilaporkan seramai 365 orang ahli dari parti itu telah mengikut jejak langkah Tonny kemudiannya.

Sebagaimana yang kita tahu, pihak pembangkang sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi “deposit tetap” kemenangan BN di peringkat Kerajaan Persekutuan.

DAP, PAS dan PKR cuba bertapak pada Pilihanraya Negeri Sarawak sebelum ini, namun usaha tersebut dengan mudah dipatahkan BN yang ketuai oleh Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan para pemimpin tempatan di situ.

Dengan tindakan keluar parti dari kalangan ahli-ahli parti pembangkang itu, dijangka parti itu bakal dibubarkan tidak lama lagi selepas ini.

Pihak pembangkang sebelum ini telah mencuba berkali-kali untuk memfitnah Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan pernah mempergunakan portal pro-pembangkang Malaysiakini.com untuk memburuk-burukkan imej beliau dan BN Sarawak amnya.

Namun cubaan itu gagal serta merta apabila Ketua Menteri Sarawak itu telah memfailkan saman terhadap portal tersebut sehingga membuat pemiliknya dan editornya terpaksa tunduk merayu-rayu meminta simpati dari beliau untuk menarik balik saman tersebut, sebelum meminta maaf secara terbuka.

Dan pada PRU ke-13 ini, nampaknya pihak pembangkang di Bumi Kenyalang itu ternyata tidak bermaya lagi untuk “bangun” dan memfitnah BN lagi…

Mungkin rakyat di Sarawak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Sabah. Di negeri di bawah bayu itu, pihak pembangkang berkali-kali cuba mereka-reka cerita kononnya mereka mendapat sambutan hangat di sana.

Padahal, satu Sabah tahu betapa pihak Pakatan Haram di negeri itu “perasan” dan “syok sendiri” dengan propaganda yang tidak berfakta, jauh sekali mempunyai asas yang kukuh.

Justeru melihat kegagalan strategi bodoh itu, mungkin Pakatan Haram kemudiannya mengubah taktik dengan bertindak “bersahabat” dengan pengganas MNLF di Filipina, Nur Misuari, dan pengganas “sultan palsu”, Jamalul Kiram.

Taktik tipu muslihat gagal, mereka cuba pula dengan taktik penjajahan bersenjata di Sabah? Akhirnya, taktik bodoh itu “makan diri” apabila rakyat di kepulauan Borneo itu bangkit dengan semangat kebangsaan yang tinggi dan sedar tentang peranan Ketua Pembangkang dalam isu itu.

Mungkin melihat apa yang berlaku di Sabah dan tidak mahu Sarawak merasa tempias insiden berdarah itu, maka berduyun-duyun rakyat di sana tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang jelas “palsu” dan “jahat” seperi Kiram.

Pun begitu, BN Sarawak dikatakan tidak mengambil sikap sambil lewa berikutan lemahnya pihak pembangkang di negeri itu dan mereka dilaporkan telah membuat persediaan rapi berlipat kali ganda bagi menghadapi PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Saya tertanya-tanya. SWP mungkin akan berkubur di Bumi Kenyalang itu. SWP itu parti tempatan. PAS, PKR dan DAP pula bukan parti tempatan. Kalau parti tempatan pun bakal berkubur tidak lama lagi, cuba bayangkan “jangka hayat” PAS, PKR dan DAP di sana…

Apakah trio haram tidak berdaftar itu mampu bernyawa lagi selepas ini? Atau mereka akan lebih awal ditalkin dan dikuburkan rakyat Sarawak yang cuba dijajah oleh minda yang rakuskan kuasa itu? Anda fikir bagaimana?

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");