Membawang Hari Ini

Penyanyi Aishah Tanding Parlimen Jempol

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak malam Rabu.

Aishah yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");