Sukan Hari Ini

Piala FA: Kelantan kekalkan skuad belasah kelab Vietnam

KOTA BHARU 5 April – Kelantan bakal mempertaruhkan barisan sama ketika membelasah kelab dari Vietnam, SHB Da Nang 5-0 dalam Piala Konfederasi

Bola Sepak Asia (AFC) Selasa lalu untuk bertemu Sarawak pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, dia tidak perlu membuat perubahan selepas barisan pemain tersebut memperagakan aksi memukau ketika membelasah wakil Vietnam itu.

Hodak berharap, barisan pemain yang diturunkan dapat meneruskan rentak cemerlang bagi memastikan Kelantan membawa bekalan selesa sebelum suku akhir kedua di Kuching nanti.

“Sarawak bukanlah lawan yang boleh diambil mudah dan mempunyai ramai pemain yang berpengalaman serti Joseph Kalang Tie, Mafry Balang, Bobby Gonzales serta tonggak import Guy Bwele.

“Mereka sebuah pasukan yang mempunyai rekod konsisten dalam saingan Liga Perdana dan pakar dalam serangan balas pantas.

“Bagaimanapun kita tidak akan memberi laluan mudah buat mereka dan saya optimis Kelantan mampu melakar keputusan baik dalam perlawanan

ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");