Perak Hari Ini

Polis Sedang Jejaki Perosak Papan Iklan Papar Gambar PM

Orang ramai terutamanya penyokong parti diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menggugat keselamatan awam menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini susulan tindakan invidivu atau kumpulan yang didakwa merosak serta merobohkan tiga papan iklan memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Puncak Jelapang Maju, dekat Ipoh tengah malam kelmarin.

Papan iklan yang terletak berhampiran persimpangan lampu isyarat kawasan itu memaparkan gambar Perdana Menteri bersama beberapa belia dengan slogan ‘Kami Sokong Barisan 1Malaysia’ yang dicetak dalam bahasa Tamil.

Difahamkan, papan iklan itu dirosakkan sekumpulan 10 individu bermotosikal pada kira-kira jam 12.30 malam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya sedang mengesan individu atau kumpulan terbabit selepas mendapat laporan mengenai kejadian itu semalam.

Pihaknya turut meminta kerjasama daripada orang ramai terutamanya saksi kejadian untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mengulas insiden berkenaan menyifatkan ia tindakan tidak bertamadun dan menonjolkan sikap keterlaluan pihak yang melakukannya.

“Ini satu lagi berita mengecewakan seperti mana poster saya yang disimbah cat sebelum ini.

“Bagi saya, ini adalah satu perbuatan yang dilakukan mereka yang mempunyai tahap pemikiran dan sikap kebencian yang melampau hingga sanggup bertindak sebegitu apabila melihat wajah seseorang,” katanya.

Tegasnya, perbuatan individu atau kumpulan yang merosakkan papan iklan berkenaan tidak melambangkan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Kita di pihak BN tidak akan melakukan perbuatan sebegini.. saya bukan menuduh sesiapa tetapi kali ini sekali lagi ia menunjukkan sikap yang mengecewakan. Apa akan berlaku sekiranya orang sebegini dipilih menjadi pemimpin,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");