Membawang Hari Ini

Sisi berbeza Leonardo DiCaprio

SEJAK kecil lagi, aktor kelahiran Los Angeles, California ini telah memulakan karier dalam bidang lakonan dengan memegang watak dalam beberapa iklan dan filem pendidikan.

Penampilannya dalam beberapa siri televisyen termasuk, Parenthood, berjaya meletakkan sebagai Young Artist Award di Hollywood.

Tidak berakhir setakat itu, di usia 18 tahun, Leonardo DiCaprio terpilih membintangi filem arahan Robert De Niro yang berjudul This Boy’s Life yang turut dibintangi Ellen Barkin dan De Niro sendiri.

Nama DiCaprio terus menyerlah dan lakonannya menerusi Titanic pada 1997 mencipta kegemilangan tersendiri. Filem arahan James Cameron itu berjaya meraih kutipan box-office di seluruh dunia dan berjaya meletakkan DiCaprio sebagai artis kelas A di Hollywood.

Pakej lengkap yang dimiliki membuatkan DiCaprio menjadi kegilaan ramai wanita sekali gus mendapat jolokan ‘Leo-Mania’.

Masih mampu mengekalkan auranya sehingga kini, lakonannya menerusi Django Unchained arahan Quentin Tarantino turut mendapat sambutan dan tercalon untuk beberapa anugerah.

Terbaru, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran, The Great Gatsby, arahan Baz Luhrmann.

Atur pelbagai usaha

Jarang sekali seorang artis popular sepertinya begitu peka dengan masalah alam sekitar dan kebajikan manusia. Jika ada sekalipun hanyalah sebagai duta untuk sesebuah yayasan. Namun berbeza bagi DiCaprio yang sanggup menubuhkan yayasan sendiri.

Ditubuhkan pada tahun 1998 bersama keluarganya, yayasan itu menyokong segala usaha untuk menjamin masa depan yang mampan bagi bumi ini dan semua penduduknya.

Yayasan ini melakukan pelbagai kerja yang melibatkan isu-isu alam sekitar dan kemanusiaan termasuk memberi perlindungan kepada hidupan liar, pemeliharaan hutan, kesejahteraan laut, akses kepada air, pembaharuan tenaga, bantuan bencana dan perubahan iklim.

Selain itu, DiCaprio turut berkhidmat dalam Lembaga Tabung Hidupan Liar Sedunia, Sumber Asli Majlis Pertahanan, Tabung Kebajikan Haiwan Antarabangsa dan Global Green Amerika Syarikat.

Antara projek-projek yang diterajui oleh yayasannya, termasuk Kempen Selamatkan Harimau Sekarang, membina laman web Leonardo dan platform media sosial serta sebuah filem dokumentari pendek yang bertajuk The 11th Hour.

Kempen Selamatkan Harimau itu turut mendapat kerjasama, World Wide Fund for Nature (WWF) dan dana yang di kumpul akan disalurkan terus kepada pemuliharaan harimau.

“Saya teruja untuk mengembangkan lagi peranan yayasan ini. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak, kita dapat membantu memelihara alam sekitar,” katanya.

Yayasan Leonardo DiCaprio (LDP) juga merupakan satu komponen dana di Yayasan Komuniti California.

Watak orang kaya

Beralih mengenai filem terbarunya, The Great Gatsby, buat julung kalinya DiCaprio digandingkan bersama Tobey Maguire.

Filem yang berlatar tahun 1922 itu mengisahkan tentang perjalanan seorang penulis bernama Nick Carraway dari Midwest ke New York City.

“Dalam filem ini, saya membawa watak orang kaya dan ternama, Jay Gatsby. Ketika itu, New York, berada dalam era kejatuhan moral dan minuman keras menjadi kegilaan ramai.

“Populariti yang dimiliki Gatsby membuatkan ramai yang ingin mendampinginya, termasuk Nick Carraway (Tobey Maquire).

“Dengan sekelip mata, dia membawa penulis itu masuk dalam kehidupannya yang mewah, penuh ilustrasi, kegembiraan dan penipuan,” kata DiCaprio yang menyifatkan watak itu memberi kelainan buat karier lakonannya.

Turut dibintangi Joel Edgerton, Isla Fisher, Jason Clarke, Carey Mulligan, pendatang baru Elizabeth Debicki serta legenda filem Bollywood, Amitabh Bachan, filem terbitan Warner Bros ini dijangka berada di pawagam pada 16 Mei ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");