Sukan Hari Ini

Annuar: Persatuan perlu terbuka terima kritikan

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan persatuan sukan untuk mengamalkan sikap yang lebih terbuka menerima kritikan mahupun cadangan bagi memperbaiki prestasi setiap atlet.

Annuar, yang juga bekas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, prestasi atlet bukan sahaja dipantau oleh jurulatih, pengurus pasukan mahupun presiden persatuan sukan terbabit, sebaliknya sentiasa menjadi perhatian umum.

“Masyarakat Malaysia sudah bijak dan pandai menilai apa yang baik untuk sukan yang diminati. Kita (persatuan sukan kebangsaan) perlu menerima hakikat ada peminat sukan lebih mengetahui keupayaan atlet berbanding jurulatih,” katanya yang menghadiri Forum Kebebasan Bersuara Dalam Arena Sukan anjuran pelajar tahun tiga Sarjana Sains Sukan (Pengurusan) Universiti Malaya, semalam.

Turut berpendapat persatuan sukan perlu menerima pandangan serta idea daripada orang ramai agar mutu sukan dapat diperbaiki ke tahap yang lebih baik, Annuar berkata: “Kita perlu menerima bahawa kritikan ialah realiti dunia sekarang dan banyak faedah yang akan diterima apabila menerima kritikan daripada orang ramai.”

Kenyataan Annuar itu turut disokong oleh Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang melihat kebebasan menyuarakan pendapat sering disalah erti oleh persatuan sukan hari ini.

“Pada kebiasaannya, setiap cadangan atau komen terhadap mana-mana ahli persatuan atau persatuan itu sendiri perlu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang persatuan. Sudah tiba masa untuk persatuan sukan menerima perubahan khususnya dalam soal kebebasan bersuara,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");