Sukan Hari Ini

Asum sasar ramai perenang layak ke Barcelona

PERSATUAN Renang Amatur Malaysia (Asum) menyasarkan lebih ramai perenang negara dapat melayakkan diri ke Kejohanan Renang Dunia edisi ke-15 di Barcelona, Sepanyol yang dijadualkan berlangsung pada 19 Julai hingga 4 Ogos depan.

Setiausaha kehormatnya, Edwin Chong berkata setakat ini enam perenang iaitu Daniel Bego, Kevin Yap Soon Choy, Shaun Yap Kah Choon, Khoo Cai Lin, Christina Loh dan Siow Yi Ting sudah menempah slot ke kejohanan itu.

“Walaupun persatuan itu tidak menyasarkan jumlah atlet ke kejohanan itu tetapi persatuan itu berharap lebih ramai perenang dapat melayakkan diri ke Barcelona menerusi Kejohanan Terbuka Malaysia nanti,” katanya.

Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-56 selama empat hari yang bakal membuka tirainya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil mulai 16 Mei ini disahkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) sebagai antara medan kelayakan untuk Kejohanan Renang Dunia itu.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");