Kolumnis

Bijak-Bijak Cina Pun Kena Tipu Juga

SEMUA orang tahu Anwar dan pakatan pembangkang pimpinannya menggunakan isu perkauman untuk menagih undi besar-besaran dari kaum Cina.

Janji untuk menghapuskan hak keistimewaan melayu, meluaskan kebebasan beragama di kalangan orang Islam dan sebagainya, telah membuatkan masyarakat Cina keluar beramai-ramai untuk mengundi pakatan pembangkang yang dipimpin Anwar.

Ini setelah dalam beberapa kempen saat akhirnya, Anwar menyakinkan masyarakat Cina bahawa undi Melayu dan India sudah bersama dengannya, hanya perlu undi Cina.

Itu bagaimanapun sudah jadi satu sejarah. Hakikatnya BN masih lagi menerajui kerajaan, UMNO menambah kerusi parlimen dan kerusi DUN, serta menawan semula Kedah yang terlepas ke tangan PAS pada 2008, disamping mengekalkan kuasa di semua negeri yang dimenangi pada tahun tersebut. Justeru tidak perlu dijelaskan dengan lebih panjang lebar lagi.

Tarikan yang penulis mahu semua pembaca fikirkan ialah bagaimana sebijak-bijak orang Cina di negara kita ini, mereka masih lagi berjaya ditipu oleh hipokrit terbesar macam Anwar ini. Orang Cina (di sebalik status sebagai kaum minoriti) yang mampu meletakkan 8 dari 10 orang billionair negara ini dari kalangan komuniti mereka, akhirnya tersungkur juga dengan penipuan Anwar Ibrahim.

Banyak yang dah disebut tentang Anwar sebagai penipu besar, tapi kerana suratkhabar Cina dan khutbah Ahad di gereja tidak menyebut perkara tersebut, maka ramailah orang Cina tidak terdedah dengan maklumat itu dan akhirnya meletakkan komuniti Cina dalam risiko diketepikan peranannya dalam kerajaan setelah wujud bukti jelas penolakan komuniti itu terhadap BN dan dasar-dasarnya.

Para aktivis mereka di media social pula tidak membenarkan sebarang maklumat lain dari yang berbunyi UBAH, menyukarkan lagi maklumat sebenar mengenai Anwar sampai kepada masyarakat Cina.

Anwar pula, tidak langsung membantu.

Dalam siri perhimpunan jelajahnya selepas pilihanraya umum berakhir, Anwar gagal menunjukkan satu bukti pun berlakunya penipuan pilihanraya. Walaupun ada dakwaan pengundi hantu dan kejadian blackout, tapi Anwar gagal menunjukkan bukti dimana kejadian tersebut berlaku.

Contohnya, dari 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh yang kononnya dibawa dari Sabah dan Sarawak untuk memenangkan kerajaan BN, Anwar gagal tunjuk satu orang pun pengundi hantu tersebut.

Ini menyebabkan ada segelintir orang Cina yang mula rasa sangsi dengan Anwar. Buat pertama kalinya, barulah ada kesedaran bahawa masyarakat Cina sebenarnya sedang ditipu oleh Anwar.

Maka itu tidak hairanlah sekarang kenapa jumlah kehadiran orang ramai ke himpunan yang dianjurkan Anwar semakin lama semakin merosot.

Di Seremban kelmarin, tidak sampai 3,000 orang sahaja menghadiri perhimpunan Anwar, berbanding puluhan ribu di Kelana Jaya dan puluhan ribu lagi di Pulau Pinang.

Tanpa kehadiran PAS, Anwar memang berharap pada orang Cina sahaja untuk memenuhkan himpunan yang diadakannya, tapi bila orang Cina sendiri pun dah makin kurang, so faham-faham saja sudahlah.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");