Membawang Hari Ini

Dayah Bakar mahu cipta nama dalam industri muzik

NAMA Dayah Bakar mungkin belum setanding nama-nama besar seperti Ajai, Kunci Demak, Yuna, Aizat mahupun Awi Rafael, namun, salah satu karyanya sudah pernah dinyanyikan Lena AF9, iaitu Sisa Kisah Kita.

Dayah yang masih baru bertapak dalam industri akui sukar baginya untuk terus berkarya ekoran masih belum dikenali.

“Sebelum ini, Dayah pernah buat lirik untuk Sisa Kisah Kita bersama Kunci Demak dan lagu Teman untuk Caprice feat Hayad.

“Tapi, secara jujurnya, Dayah cakap…susah. Memang susah nak mulakan dalam industri muzik ini sebab kita tak ada nama,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media Hijabista TV, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut soal penciptaan lagu, Dayah berkata, beliau mempunyai impian agar lagu ciptaannya dapat dinyanyikan Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.

“Ada lagu yang Dayah buat nak bagi pada Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Dayah dah boleh bayangkan Amy Search nyanyi tapi Dayah masih tak ada nama dalam industri, jadi, insya-ALLAH satu hari nanti.

“Lagu untuk Datuk Siti…itu memang impian Dayah, tak payah bayar pun tak apa sebab Dayah mahu beliau menyanyikan lagu itu,” katanya yang mengambil contoh lagu hebat Siti Nurhaliza seperti Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

Menegaskan mahu menjadi pencipta lagu yang boleh memberi sesuatu kepada industri, Dayah yakin lagu ciptaannya lain daripada yang lain.

“Dayah betul-betul nak jadi pencipta lagu yang boleh memberikan sesuatu…yang ada kelainan pada industri muzik tanah air.

“Sebab Dayah percaya, lagu Dayah bukan macam lagu yang biasa kita dengar di radio. Di Malaysia, Dayah lihat kita banyak nak tiru lagu dari luar. Sekarang, asal ada muzik kemudian lirik berulang-ulang pun dah jadi,” katanya.

Bercakap soal perancangannya pula, Dayah merancang untuk mengeluarkan single selepas tamat mengacarakan program Hijabista di Astro Ria.

Dayah bakal bergandingan bersama tiga pengacara baru, Syakirin Husnal, Yasmin Mathhews dan Faatin Bakar dalam program terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Hijabista yang mula bersiaran, malam ini.

“Sebelum ini saya tidak lagi diberi peluang untuk ‘keluar’, jadi, insya-ALLAH, Hijabista ini bakal menjadi permulaan kepada Dayah. Mungkin Dayah akan keluarkan single. Ada satu lagu yang sesuai untuk wanita bertudung.

“Lagu itu sudah siap tapi belum dirakam lagi. Tapi sebenarnya Dayah sedang fikir sama ada nak bagi penyanyi lain atau nak nyanyi sendiri lagu itu,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Dayah mencipta lagu bagi duo vokal, Hayad menerusi album pertama mereka, Cinta Pertama.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");