Perak Hari Ini

Ismail Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR

Datuk Ismail Saffian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) secara kontrak berkuatkuasa hari ini.

Anak kelahiran Taiping berusia 52 tahun itu dilantik berdasarkan kepada pengalamannya yang luas dalam bidang pentadbiran antaranya memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dari 1999 hingga 2008 dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak dari Mei 2009 hingga April 2010.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh sebentar tadi, Ismail menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Perak dan Pengerusi Lembaga Pengarah YBUDR, Datuk Saarani Mohamad di atas kepercayaan mereka untuk melantiknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR yang baru.

Katanya, YBUDR adalah agensi penting yang bertanggungjawab membantu kerajaan negeri Perak membasmi kemiskinan membabitkan golongan keterbawahan.

“Saya akan memikul amanah ini dengan sebaik mungkin dan sudah pastinya saya memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan pencapaian agensi ini lebih baik dari sekarang,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan, pelantikannya itu bukan atas `political game’ tetapi sebaliknya berdasarkan kepada pengalamannya yang luas dalam bidang pentadbiran organisasi, sekaligus dilihat berupaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan negeri.

Mengakui agensi itu menghadapi kekangan bajet berikutan peruntukan yang terhad daripada kerajaan negeri, namun masalah itu katanya, dapat diatasi sekiranya YBUDR berupaya menjalin kerjasama dengan badan-badan korporat di Perak.

“Selain badan korporat, kita juga ingin menjalin kerjasama dengan orang perseorangan yang mahu menyumbang kepada pelaksanaan program yang dirancang oleh YBUDR di masa akan datang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");