Perak Hari Ini

Isu Hudud: PAS Dan DAP Terpaksa Main Silap Mata Raih Sokongan Rakyat

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perbezaan dasar antara PAS dan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud jelas nyata hingga memaksa kedua-dua parti pembangkang itu bermain silap mata untuk meraih sokongan pengundi.

Katanya, dalam konteks di Perak sendiri, pembangkang terpaksa mengitar semula isu-isu lama untuk menutup serta mengalih perbalahan antara PAS dan DAP berkaitan isu hudud.

“Rakyat perlu menilai dan melihat perkara ini kerana ia membabitkan soal dasar iaitu idealogi dan fahaman yang diperjuangkan oleh DAP dan PAS.

“Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main…..5 peratus tak setuju, 95 peratus lagi setuju kerana ia membabitkan soal dasar atas nama persefahaman dan idealogi di peringkat parti yang mana PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam manakala DAP pula menentang pembentukan negara Islam sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Tranquillity Pangkor di jeti Kampung Sungai Pinang Kechil, dekat Pulau Pangkor, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Menteri Besar Perak, berkata rakyat mungkin dapat membayangkan apa yang terjadi sekiranya pembangkang berkuasa di Putrajaya jika melihat kepada situasi perbalahan yang antara PAS dan DAP dalam isu hudud ketika ini.

“Dalam dua perkara dasar ini pun mereka sudah bergaduh, rakyat boleh bayangkan apa yang akan terjadi jika pembangkang mendapat kuasa memerintah negara,” katanya.

Jika pergaduhan sesama pembangkang itu berlaku, ia katanya, pasti meninggalkan kesan yang negatif kepada keselamatan dan kestabilan negara, sekaligus menjejaskan politik kenegaraan yang selama ini menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.

“PAS tidak mahu kehilangan undi Melayu manakala DAP pula tidak mahu kehilangan undi Cina. Kedua-dua pihak ini terpaksa bermain silap mata untuk mendapat sokongan masing-masing,” katanya lagi.

Ketika ditanya pemberita mengenai laporan akhbar berbahasa Cina berkaitan tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham membawa calon Pakatan Rakyat (PR) yang bertanding di kerusi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid memasuki sebuah gereja di daerah Manjung baru-baru ini, Zambry berkata:

“Biarlah rakyat sendiri yang menilai tindakan mereka itu tetapi rumah ibadat sepatutnya dijaga kesuciannya.

“Sebelum ini, pembangkang tuduh saya guna masjid tetapi tidak benar sama sekali kerana sebenarnya ia di luar kawasan masjid.

“Saya tidak akan beri ceramah politik dalam masjid kerana itu bukan perkara yang diajarkan oleh agama Islam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");