Membawang Hari Ini

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul bawa ibu bapa tunai Umrah

SALAH seorang juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama yang juga seorang pelakon, Hairul Azreen bakal membawa kedua ibu bapanya menunaikan Umrah seperti yang dijanjikannya, hujung Julai ini.

Hairul memberitahu hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah sebelum diumumkan sebagai juara.

Hairul bersama Dazrin Kamarudin muncul juara selepas menewaskan 14 pasangan selebriti lain dengan membawa pulang RM200,000.

Dalam episod terakhir, tiga pasangan selebriti lain yang turut mara ke peringkat akhir iaitu Hafizul dan Hefny, Dafi Ismail dan Zoey Rahman serta Elfira Loy dan Ajak Shiro.

“Saya dan mak ayah akan menunaikan Umrah hujung Ramadhan ini dan kami akan beraya di sana.

“Setakat ini, baru kami bertiga saja yang sudah berdaftar. Mungkin adik-beradik lain ikut tapi belum pasti lagi sebab mereka bekerja,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Akui sibuk dengan penggambaran, Hairul masih belum sempat menghadiri kursus Umrah.

“Sekarang sibuk ‘shooting’, jadi, masih belum sempat pergi kursus Umrah. Banyak benda kena belajar. Yelah dari tak tahu apa-apa kan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon Hantu Kapcai ini bakal menjadi hos untuk program TV terbitan RTM, Ekstrem.

Hairul juga bakal ke Korea Selatan dalam masa terdekat untuk penggambaran drama 13 episod yang berkisar tentang pertukaran pelajar ke Korea.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");