Sukan Hari Ini

Khairy: Tubuh jawatankuasa integriti

gambar hiasan:-

PERSATUAN Bola Sepak Negeri (FA) disaran menubuhkan Jawatankuasa Integriti di peringkat negeri bagi membendung masalah bookie yang dikatakan sedang melanda kancah liga bola sepak tempatan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berkata, lima negeri telah mengambil pendekatan awal menubuhkan jawatankuasa tersebut.

“Surat berkaitan perkara tersebut akan dihantar kepada Presiden FA negeri dalam masa terdekat dan saya menyeru agar menubuhkan satu Jawatankuasa Integriti di negeri masing-masing.

“Ini penting kerana ianya memudahkan pemain untuk menyalurkan maklumat terus kepada jawatankuasa di negeri masing-masing untuk diambil tindakan dengan segera,” katanya.

Khairy turut berazam berganding bahu membanteras isu bookie dengan kerjasama Jawatankuasa Integriti iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Kementerian akan turut tampil membantu dalam usaha FAM untuk membendung isu bookie ini.

Usaha ini penting agar kita dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap usaha yang dijalankan oleh FAM untuk membanteras isu ini.

“Kita kena lihat ini adalah isu jenayah yang melibatkan imej nasional kita, jadi saya sebagai menteri sukan harus bersama-sama FAM untuk menangani isu bookie ini,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");