Sukan Hari Ini

MB Terengganu bidas pengadil bola sepak

Pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada pemain Terengganu, Effa Owana ketika separuh akhir kedua Terengganu menentang Kelantan, petang kelmarin.
Ahmad Said:-

Kecewa dengan mutu pengadilan yang lemah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membidas pengadil bola sepak di Malaysia yang dilihat tidak cukup profesional dan
menepati standard ditetapkan.

Beliau yang mengharapkan badan induk bola sepak negara, FAM membuat sesuatu, turut berharap kepimpinan FAM bersedia menerima kritikan demi kemajuan bola sepak di Malaysia.

“Kita boleh lihat sendiri keputusan pengadil memang lemah dalam beberapa perlawanan. Ada pengadil terpengaruh lakonan pemain sehingga terus diberi penalti.

“Sebab itu saya katakan pengadil di Malaysia tidak profesional. Nasib baik saya bukan dalam persatuan (bola sepak). Kalau dalam persatuan, memang saya akan dipecat (kerana menegur FAM).

“Saya tegur kerana nak lihat pembangunan bola sepak kita meningkat. Kalau nak tegur, kita perlu berikan teguran membina. Bukannya gantung atau pecat orang. Apabila ditegur, kena pecat. Ada digantung, kemudian pecat. Tidak boleh,” katanya mengulas mengenai perlawanan Terengganu dan Kelantan dalam saingan separuh akhir Piala FA, kelmarin.

Sambil menafikan teguran itu dibuat kerana kecewa Terengganu gagal ke perlawanan akhir Piala FA, Ahmad berkata, beliau tidak kecewa, sebaliknya bangga dengan prestasi pemain Terengganu yang memberikan saingan hebat.

Menurutnya, walaupun bermain dengan sembilan pemain, Terengganu bermain dengan cukup baik.

“Saya memang lantang, sebab saya nak lihat perubahan dalam semua aspek. Sebab itu kita perlu letakkan satu standard untuk mutu pengadilan.

“Sepatutnya pengadil lebih profesional, ‘check’ betul-betul. Ini hanya berdasarkan teori. Keputusan muktamad oleh pengadil, kita memang tidak boleh buat apa, payahlah,” katanya yang dilihat cukup kecewa dengan mutu pengadilan perlawanan, kelmarin.

Jelasnya, jika FAM tidak lakukan perubahan dalam masa terdekat, beliau yakin mutu bola sepak negara tidak akan ke mana-mana.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");