Perak Hari Ini

PAS Terdesak di Parit, Tawar Umrah Tarik Sokongan Warga Emas

Parti PAS dikesan menawarkan pakej umrah kepada warga emas ketika mereka menjalankan kempen di saat akhir bagi meraih sokongan pengundi di sekitar kawasan Parlimen Parit.

Ketika mendedahkan perkara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan berkata, mereka terpaksa menggunakan taktik berkenaan kerana ketiadaan isu besar yang dapat menarik pengundi untuk menyokong calon PR.

“Pembangkang menjadikan warga emas sebagai sasaran mereka dengan menggunakan pendekatan berkunjung dari rumah ke rumah.

“Walaubagaimanapun mereka (PAS) tidak memaklumkan dari mana sumber pembiayaan untuk menunaikan umrah berkenaan.

“Ini membuktikan bahawa mereka sekadar untuk meraih undi daripada pengundi,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna JKKK Kampung Teluk Bakong, dekat Parit, hari ini.

Terdahulu, Zaim yang juga Ketua Umno Bahagian Parit menerima borang permohonan keahlian Umno dari 30 orang pemuda daripada Kampung Teluk Bakong dekat Parit.

Mohd Zaim berkata, kemasukkan mereka itu membuktikan golongan muda kini yakin dengan BN untuk memimpin dan memakmurkan negara.

“Saya penuh yakin golongan muda yang merupakan 50 peratus pengundi di Parlimen Parit akan memilih BN, esok.

“Penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mempertingkatkan kehidupan rakyat termasuk golongan muda,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir Mohd Alipiah, 33, yang mengetuai kumpulan berkenaan berkata, kesemua mereka sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana parti politik.

“Kami penuh yakin, hanya BN yang terbukti mampu membela masyarakat di negara ini termasuk golongan muda. Insya-Allah, BN akan menang dalam PRU-13, esok,” katanya.

– NOORAINI MAHAMAD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");