Sukan Hari Ini

Peluang layak ke Piala Dunia 2014

Fitri Saari (kiri) antara pemain yang dinaikkan pangkat ke skuad senior:-

KETUA jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Muhammad Dharmaraj Abdullah menganggap penyenaraian lima anak didiknya dalam skuad senior sebagai tepat pada masanya, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Mereka adalah Faiz Helmi Jali, Meor Muhamad Azuan, Mohd Izad Hakimi Jamaluddin, Fitri Saari dan Firhan Ashaari.

Menurutnya, ini peluang mereka membuktikan sesuatu kepada Paul Revington dalam usaha membantu pasukan utama kebangsaan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

“Saya berharap pemain ini mampu menggalas cabaran negara untuk kembali layak ke Piala Dunia sejak kali terakhir memasukinya pada 2002 ketika kita menjadi tuan rumah.
“Misi utama kita adalah layak beraksi di Belanda dan saya yakin mereka boleh membuktikan sesuatu,” katanya.

Sementara itu, Dharmaraj yang juga pengendali skuad Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) turut gembira apabila pemain pertahanannya, Ahmad Kazamirul Nasruddin berada dalam senarai 26 pemain bagi menghadapi Liga Dunia pusingan separuh akhir dari 29 Jun hingga 7 Julai depan di Johor dan Piala Asia di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September 2013.

Kali terakhir skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur dengan meraih tempat kelapan dan pencapaian terbaik Malaysia pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");