Berita Hari Ini

Perubahan Mesti Berlandaskan Undang-Undang Bukan Di Jalan Raya – Najib

Sebarang tuntutan untuk membawa perubahan dalam negara ini mesti berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia tidak perlu ke jalan raya untuk ‘meruntuhkan’ apa yang telah dibinaoleh pemimpin yang terdahulu demi mencapai apa jua aspirasi yang tidak selari dengan Kerajaan Pusat pada hari ini, katanya.

“Sekiranya kita menuntut perubahan, ia perlu berlandaskan kepada perlembagaan dan undang-undang.

“Jika tidak, kita akan berakhir dengan mengikut undang-undang hutan dan ia akan memusnahkan semua yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Belia 2013 di Putrajaya pada malam Sabtu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");