Isu Panas

Polis Siasat Penganjur ‘Ceramah Kesyukuran’ Pulau Pinang

Polis sedang menyiasat program ‘Ceramah Kesyukuran Mega’ yang dianjurkan kerajaan negeri pimpinan DAP pada Sabtu kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah George Town, Komisioner Gan Kong Meng berkata, penganjur tidak memaklumkan kepada mereka dalam tempoh 10 hari lebih awal sebelum program diadakan seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Satu laporan polis telah dibuat terhadap pihak penganjur dan kami akan membuka kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi di Georgetown, Ahad.

Beliau menambah, polis akan memanggil beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan negeri, termasuk Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Danny Law Heng Kiang untuk direkodkan kenyataan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");