Perak Hari Ini

Senarai Barisan Exco Di Peringkat Akhir, Jumlah Exco Juga Bertambah

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pihaknya sedang menyiapkan senarai terakhir untuk barisan exco negeri yang bakal menyaksikan pertambahan jumlah exco berbanding pelantikan yang dibuat sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyertai Larian Keputeraan Sultan Perak Ke-85 di padang SMK Clifford, dekat Kuala Kangsar, Zambry yang juga Pengerusi BN negeri, berkata pelantikan yang mewakili kaum India juga akan dipertimbangkan bagi memastikan sebuah kerajaan yang mewakili semua kaum dapat dibentuk.

“Kita sedang siapkan senarai terakhir dan saya boleh tegaskan di sini jumlah exco akan bertambah.

“Selain itu, kita juga akan pertimbangkan pelantikan khas sebab tiada wakil dari kaum India…kita mahu bentuk kerajaan yang diwakili semua kaum,” katanya lagi.

Mengulas kritikan pembangkang yang tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Besar melantik enam penasihat khas, Zambry berkata:

“Depa cakap dan dengar macam-macam…sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun tak puas hati lagi,”.

Ditanya mengenai Perhimpunan Bantah 505 pada malam ini yang dijadual akan dihadiri Ketua Pembangkang, beliau berkata:

“Biarlah…itulah erti demokrasi bagi dia (Anwar),”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");