Kolumnis

UMNO Menang, Melayu Bersatu, Jangan Hancurkan Perpaduan Ini

SUDAH sampai ke telinga penulis, ura-ura untuk mensabotaj Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pemilihan UMNO akan datang.

Najib dikatakan berada dalam keadaan paling lemah kerana selain gagal mencapai kemenangan 2/3, BN juga kekurangan 7 kerusi berbanding pencapaian pada 2008.

Hakikatnya yang ramai orang terlupa, pencapaian BN dalam pilihanraya kali adalah lebih baik berbanding 2008 kerana pada waktu itu BN menang 8 kerusi tanpa bertanding sedangkan dalam kempen pilihanraya umum yang lepas, kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN menghadapi persaingan, paling tidak satu lawan satu.

Hakikat itu ditambah dengan kejayaan UMNO menambah kerusi parlimen sebanyak 88 kerusi berbanding 79 kerusi pada 2008, selain merampas kembali Kedah dan menambah kerusi di Kelantan.

Pencapaian BN begitu buruk di Pulau Pinang dan Selangor kerana masyarakat Cina sudah membulatkan tekad untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat dengan harapan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya, masyarakat Cina ditipu hidup-hidup oleh Anwar yang kononnya mengaku sudah berjaya memperolehi sokongan mutlak orang Melayu dan India.

Najib tidak gagal, UMNO tidak gagal, sebaliknya kerana sokongan masyarakat cina yang tidak mengundi calon-calon BN, tidak kira berapa baik dan berjasanya calon tersebut. Orang Cina yang terpedaya dengan dakyah Anwar Ibrahim hanya fikir nak ubah kerajaan sahaja tapi mereka lupa, kekuatan mereka belum cukup untuk menumbangkan BN di negara ini. Masih ada lagi orang Melayu, India dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

Justeru, inilah fakta sebenar yang perlu diketahui semua orang sebelum menuduh Najib gagal dalam ujian pertamanya menghadapi pilihanraya umum sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Maka itu, kita pinta, janganlah sesiapa mengambil kesempatan dari keadaan sekarang untuk memecahbelahkan UMNO pula, terutama dalam menghadapi pemilihan UMNO yang akan datang. UMNO semakin kuat sekarang, dilihat dari sokongan orang Melayu yang sudah kembali kepada parti keramat tersebut. Kita perlu kuatkan lagi jentera parti, bukan melemahkan parti.

Penulis ingin mengajak ahli-ahli UMNO melihat situasi di Selangor. Apa yang berlaku disana? Bukan rahsia bahawa tindakan menggugurkan ramai penyandang kerusi DUN yang berkaliber, telah menyebabkan berlakunya sabotaj terhadap jentera parti.

Sehingga di akhirnya, BN Selangor kehilangan 8 kerusi DUN kepada 12 kerusi, berbanding 20 pada 2008.

BN bagaimanapun berjaya menambah satu kerusi Parlimen kepada 5, berbanding 4 pada 2008.

Inilah yang sebenarnya berlaku kepada UMNO di Selangor. Perpecahan di kalangan ahli-ahli parti telah menyebabkan prestasi parti tersebut merudum dengan teruk, sudahlah parti-parti komponen yang lain tidak banyak membantu.

Kita tidak mahu masalah sama berlaku di peringkat Pusat. Sesiapa pun yang berhajat untuk menggoyahkan kekuatan UMNO pasca PRU13 ini perlu berfikir panjang sebelum menyertai gerakan seumpama itu.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");