Berita Hari Ini

110 sekolah di Segamat diarah cuti esok

JOHOR BHARU: Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.

Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata arahan itu membabitkan 39,681 pelajar dan 3,418 guru.

Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arahan itu turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang, membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat akibat jerebu di kawasan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata 300 sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.

Pejabat pelajaran daerah dan sekolah sudah diarah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga agar semua 187,590 pelajar berkenaan kembali ke sekolah esok.

Bagaimanapun katanya aktiviti di luar kelas masih tidak dibenarkan sementara pelajar, terutama yang mempunyai penyakit asma dan jantung dinasihatkan memakai topeng hidung dan mulut.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");