Perak Hari Ini

Transformasi Pendidikan Negara Mampu Melahirkan Modal Insan Berkualiti

Pelan Transformasi Pendidikan Negara 2013-2035 dilihat mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dari pelbagai aspek kendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi Perak, Mohd Nizar Zakaria berkata, Pelan Transformasi Pendididikan ini merupakan usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.

“Usaha kerajaan ini perlu menjadi kekuatan kepada guru-guru untuk melahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja dari segi akademik malah kemahiran serta keperibadian.

“Ini sebenarnya menjelaskan matlamat yang termasuk dalam komponen falsafah pendidikan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah 2013 di Bota, Jumaat.

Menurut beliau, tugas guru zaman ini sangat mencabar dan pelan transformasi negara yang merangkumi pelbagai pendekatan bagi membantu mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

“Pendekatan yang dirancangkan dalam pelan Transformasi Negara berkait rapat dengan cabaran yang perlu dihadapi para guru supaya mereka mampu meningkatkan mutu keunggulan modal insan para pelajar.

“Bukan itu saja, di era globalisasi dunia tanpa sempadan ini, tanggungjawab guru lebih berat berbanding dari guru di era sebelum ini,” jelas Nizar.

Sementara itu, Nizar turut meminta agar cabaran dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menjadi matlamat asas agar mereka dapat menjadi pelapis pada masa akan datang.

Sempena sambutan hari guru ini, mantan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Mohd Nor Zakriah telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Daerah Perak Tengah 2013.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");