Jenayah

2 Maut, 3 Cedera Nahas Konvoi Motosikal Kuasa Tinggi

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyertai konvoi YAM Tg Sri Temenggung Raja maut selepas mereka terbabit dalam nahas dengan sebuah lori tangki di KM 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya, dekat Johor Bahru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, tiga lagi dilaporkan cedera dan mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Rashid Mansor, 48, yang beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort, Kuala Ibai, dekat Terengganu dan Mohamad Hisham Salleh, 36, dari Kampung Gemuroh, Marang maut di tempat kejadian.

Semasa kejadian, YAM Tg Sri Temenggong Raja tidak mengikuti konvoi terbabit kerana tiga buah motosikal berpisah untuk menuju ke Kuala Lumpur dari rumah Tg Hassan.

Konvoi yang bergerak dari Terengganu-Johor-Terengganu itu diiringi tiga penunggang trafik dan sebuah kereta sebelum kejadian malang itu berlaku.

Kejadian itu berlaku ketika hujan apabila sebuah lori dari arah Mersing hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Lori tangki itu kemudiannya melintang di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh motosikal berkuasa tinggi berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");