Berita Hari Ini

60 peratus graduan IKBN berjaya peroleh pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 60 peratus graduan lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian tahun lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh berkata, sebanyak 22 peratus graduan sedang menyambung pelajaran manakala 18 peratus masih tidak mendapat pekerjaan.

Jelas beliau, keputusan kajian daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran KBS itu amat memberansangkan kerana dalam tempoh enam bulan tamat latihan, lebih separuh daripada mereka memperoleh pekerjaan.

“Pencapaian ini sangat membanggakan kerana ia menunjukkan graduan IKBN diterima baik oleh pasaran kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvokesyen IKBN ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

– KOSMO!

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");