Berita Hari Ini

Agong Rasmi Floria Putrajaya 2013

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013 (Floria Putrajaya 2013) di Pesisiran Tasik, Presint 2 di sini.

Baginda turut melawat tapak pameran yang menempatkan lebih 5,000 pokok bunga orkid pelbagai spesies.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

Program anjuran PPj dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan itu bermula hari ini sehingga 30 Jun yang bertemakan ‘Bunga Orkid Khazanah Tropika’.

Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, penganjuran program ini yang kali keenam diharap dapat menyumbang kepada peningkatan potensi industri bunga-bungaan, landskap dan pelancongan sebagai satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Ia seterusnya memacu perkembangan industri-industri ini sebagai satu alternatif pelaburan yang menguntungkan negara dan rakyat,” katanya.

Katanya, antara tarikan Floria Putrajaya tahun ini adalah pameran koleksi bunga orkid yang dinamakan sempena nama orang kenamaan, pertandingan bunga orkid dengan pelbagai spesies, rupa bentuk dan keharuman, Taman Diraja, Taman Inovasi dan Taman Jamuan Teh.

Selain itu Tengku Adnan berkata, sempena Floria Putrajaya, Kementerian Pelancongan akan menganjurkan perarakan bot berhias “Magic of the Night” pada setiap malam.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");