Isu Panas

Ahli, Penyokong Pembangkang Diperbodoh Pemimpin Sendiri – Shukor

Tindakan wakil rakyat pembangkang yang hadir dalam majlis angkat sumpah di Parlimen hari ini sudah cukup untuk membuktikan, bahawa selama ini para penyokong dan ahli pembangkang telah dipergunakan oleh kepimpinan tertinggi mereka hanya untuk kepentingan politik peribadi masing-masing.

Menurut Ketua UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus, beliau berpendapat ahli dan penyokong pembangkang ini begitu mudah diperbodohkan oleh kepimpinan pakatan pembangkang sehingga terpengaruh seratus peratus dengan apa yang didakwa oleh para pemimpin ketiga-tiga parti tersebut.

“Saya merasa agak kesian melihat ahli dan penyokong yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga berhimpun di sana sini akibat terpengaruh dengan kata-kata pemimpin pembangkang.

“Baru-baru ini dalam keadaan jerebu yang membahayakan kesihatan pun mereka sanggup untuk berhimpun, malah ada yang membawa anak-anak kecil mereka. Ini membuatkan saya berasa amat simpati dengan mereka,” jelasnya kepada UMNO-Online di Kuala Lumpur, semalam.

Sedangkan hari ini menurutnya lagi, pemimpin pembangkang yang mendakwa bahawa SPR menipu, berlakunya penyelewengan, blackout dan sebagainya telahpun mengangkat sumpah sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

“Inilah maksud saya, penyokong dan ahli pembangkang telah dipergunakan oleh kepimpinan mereka. Jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan SPR dan menganggap PRU ke 13 ini satu penipuan, mereka takkan hadir untuk angkat sumpah.

“Tapi mana mungkin mereka tak hadir. Apabila angkat sumpah, maka barulah sah mereka bergelar Ahli Parlimen. Bila sah bergelar Ahli Parlimen, maka mereka akan menerima elaun sebagai ahli parlimen dan inilah sebab mengapa mereka tak boikot upacara angkat sumpah, biarpun di merata tempat mereka mendakwa SPR menyeleweng, menipu dan sebagainya,” ujarnya.

Justeru itu, beliau yang juga ADUN Kuang berharap agar penyokong dan ahli pembangkang dapat berfikir dengan akal yang rasional dan waras, sejauh mana permainan politik kepimpinan parti pembangkang.

“Saya lihat terdapat juga golongan bijak pandai di dalam ahli dan penyokong pembangkang, namun mereka tetap terpengaruh dengan segala kata-kata dan dakwaan pemimpin mereka, biarpun tidak ada bukti yang nyata apa yang mereka dakwa itu terjadi.

“Jadi saya berharap, agar ahli dan penyokong, terutamanya golongan muda ini berfikir dengan lebih dalam dan melihat dengan rasional apa permainan politik yang sedang di bawa oleh kepimpinan pembangkang hari ini.

“Kita tak dianggap sebagai orang yang bijak dan berpelajaran, apabila kita menelan bulat-bulat segala dakwaan yang belum tentu benarnya dan membuat keputusan yang salah akibat kedaifan kita tentang permainan politik pembangkang,” akhirinya. –

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");