Jenayah

Ampaian jadi penyelamat

Anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan wanita itu:-

BENTONG – Penduduk di perumahan Taman Gemilang gempar apabila seorang wanita warga asing dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima blok Fajar Dua dekat sini petang semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu dikatakan cuba untuk terjun dari tingkat lima blok itu kira-kira jam 2.00 petang semalam namun dia tersangkut di ampaian sebuah rumah di tingkat empat.

Kemudian dia duduk di koridor rumah tingkat empat itu tanpa menghiraukan penduduk yang memintanya agar turun. Namun kecekapan pasukan keselamatan terdiri dari polis dan bomba berjaya memujuk wanita itu.

Pegawai Operasi Bomba, Zulkepli Johari berkata, pihaknya dengan kekuatan empat orang anggota dengan bantuan polis menjalankan operasi menyelamat selepas menerima panggilan telefon.

Katanya, operasi mengambil masa lebih kurang satu jam untuk menyelamatkan mangsa dari terjun dan wanita itu berjaya diselamatkan kira-kira jam 5.30 petang.

“Kesukaran berlaku apabila kedua-dua rumah di tingkat empat berhampiran mangsa tidak berpenghuni menyebabkan kami terpaksa turun dari tingkat lima ke koridor tingkat empat,” katanya.

Wanita itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bentong untuk siasatan lanjut.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");