Sukan Hari Ini

Batal kad merah Aidil Zafuan

Aidil Zafuan (kanan) bakal terlepas perlawanan penting menentang Felda United dan final Piala FA menentang Kelantan akibat terima kad merah, kelmarin:-

JOHOR Darul Takzim (JDT) mahu layangan kad merah ke atas pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dibatalkan, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Harimau Selatan akan menulis surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengkaji terjahan dilakukan Aidil ke atas Irwan Shah pada aksi Liga Super menentang Lions XII, kelmarin yang berkesudahan seri 1-1.

Akibat layangan kad merah itu, Aidil bakal terlepas pertemuan penting menentang Felda United dan perlawanan Akhir Piala FA 2013, 29 Jun ini.

Penolong Jurulatih, Ibrahim berkata, Aidil wajar diberikan kebenaran untuk bermain pada perlawanan minggu depan.

“Fandi Ahmad (jurulatih) kurang gembira tapi kami tidak boleh memperkatakan isu pengadil di sini. Kami akan mengemukakan surat aduan rasmi kepada FAM.

“Mereka perlu berlaku adil kepada Aidil kerana dia mahu bermain dalam perlawanan akhir Piala FA. Jika dia tackle kaki lawan, wajar terima kad merah, sebaliknya hanya terjah bola.

“Aidil menangis dalam bilik persalinan akibat kesilapan keputusan dan dia mungkin terlepas aksi itu,” katanya.

Sementara itu, Ismail tetap optimis dan percaya pemainnya belum sedia kibarkan bendera putih dalam pemburuan mahkota liga.

“Kami cuba lakukan terbaik untuk menang baki tiga perlawanan terakhir. Harap segalanya boleh berlaku pada pertemuan akhir liga apabila Lions bertemu Kelantan dan kami menentang Selangor,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");