Berita Hari Ini

Bekas calon BN PRU13 dilantik Yang Dipertua DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi persidangan penggal Ke-13 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) itu mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebentar tadi.

Majlis angkat sumpah hari ini turut menyaksikan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu daripada kerajaan dan pembangkang mengangkat sumpah taat setia sebagai ADUN pada Sidang Dewan Undangan Negeri bagi penggal ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");