Membawang Hari Ini

Brad Pitt Tertarik!

“Apa yang akan anda lakukan jika anda bangun keesokan harinya dan semua benda tidak berfungsi lagi. Tiba-tiba anda terpaksa berlari sepantas-pantasnya untuk menyelamatkan diri, berlari untuk menyelamatkan keluarga anda. Apa yang akan anda lakukan?” tanya Brad Pitt selaku penerbit dan juga teraju utama filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini, ‘World War Z’.

“Itulah adalah pembukaan kepada babak-babak awal ‘World War Z’ dan begitulah rentak ceritanya dari awal hingga akhir.”

Jelas Pitt, pada awalnya dia tertarik dengan projek ‘World War Z’ kerana meminati aspek penceritaannya yang mengetengahkan aksi yang mendebarkan serta perlumbaan watak protagonis terhadap masa dalam misinya menyelamatkan dunia.

“Cerita tentang kemusnahan dunia sebenarnya agak menakutkan tetapi itu yang penonton inginkan. Semua ini juga berpunca daripada keinginan saya untuk menghasilkan sebuah filem yang akan disukai anak-anak lelaki saya sebelum mereka berumur 18 tahun.”

Sesuai dengan statusnya sebagai ayah, Pitt yang mempunyai enam anak bersama Angelina Jolie, turut mendedahkan satu lagi faktor yang membuatkannya tertarik kepada watak Gerry Lane, seorang bekas penyiasat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Dia bukan seorang ‘typical hero’. Sebaliknya, dia seorang ayah yang berusaha untuk memastikan keselamatan keluarganya. Seorang insan biasa yang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dikurniakan sebarang kuasa luar biasa.

“Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya boleh menjanjikan filem ini adalah filem paling ‘intense’ dan menyeronokkan yang anda akan tonton di pawagam.”

‘World War Z’ akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Jun ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");