Sukan Hari Ini

Chong Wei kembali beraksi

 

KEJOHANAN Badminton Siri Super Terbuka Indonesia yang bermula hari ini, di Jakarta, menjadi medan terbaik buat pemain negara menebus duka selepas diaibkan pada aksi Piala Sudirman bulan lalu.

Ini peluang terbaik mereka, walaupun ia saingan individu. Tiada lagi alasan, pemain negara perlu bangkit dan mempertontonkan semangat baru serta keyakinan tinggi di samping corak permainan yang sudah dibaiki.

Pada perlawanan Piala Sudirman, pasukan badminton negara di ketuai Datuk Lee Chong Wei, ditewaskan dalam semua pertemuan peringkat kumpulan kepada Taiwan dan Jerman. Kegagalan itu merobek teruk sasaran negara ke separuh akhir.

Namun, pertarungan di Jakarta kali ini hanya menyaksikan Chong Wei sebagai wakil tunggal negara dalam saingan perseorangan lelaki. Selain gandingan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Tamparan hebat buat pemain wanita negara, kerana kejohanan kali ini langsung tidak menyenaraikan perseorangan serta beregu wanita.

Empat wakil beregu lelaki termasuk gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock serta pasangan dari Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), juga juara 2008, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");