Kolumnis

DAP Kembali Berdendang Tentang RASIS Bila Melayu Disedarkan Tentang Realiti

Tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir di blognya, benar-benar menakutkan DAP dan konco-konco mereka. Berbeza daripada menyerang Dr. Mahathir, DAP sebaliknya mengarahkan konco-konco dan para pecacai mereka yang terdiri daripada Melayu PAS dan PKR agar melakukan serangan serta melabelkan Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran menjijikkan.

Ahli Parlimen Alor Setar yang baru, Gooi Hsio Leung dan sebilangan pengikut Pakatan Rakyat telah membuat demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar untuk membantah isi kandungan dalam blog Dr. Mahathir yang memperkatakan tentang perjuagan Melayu serta polarisasi kaum yang semakin melebar ekoran keterujaan masyarakat Cina, khususnya golongan muda mereka untuk menumbangkan kerajaan menerusi perhimpunan serta perarakan dan rusuhan.

Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila mana-mana pemimpin Melayu yang memberi amaran kepada masyarakat MElayu tentang bahayanya mereka menurut dan tidak menjaga jati diri serta kepentingan hak mereka di negara ini sebagai RASIS.

Bukan rahsia lagi DAP seringkali menghasut masyarakat Cina agar memperkukuhkan bangsa mereka dengan memastikan Melayu-Bumiputera tidak boleh menyaingi atau menahan kehendak mereka. Dalam ceramah-ceramah mereka yang menggunakan Bahasa Cina, itulah yang seringkali diperkatakan. Bagaimanapun, untuk kelihatan ‘bersopan’ dan berlapik sebagai politik, Melayu yang diperkatakan adalah UMNO.

Apa-apa sahaja yang berkaitan UMNO akan segera dinyatakan sebagai RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA dan RASIS. Itu stigma yang telah ditanamkan oleh para pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dari tahun 1964 lagi. Masyarakat Cina seringkali dihasut kononnya mereka telah dilayan secara tidak adil dan cukai-cukai yang mereka bayar telah dibazirkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Perasaan bangga diri, angkuh dan bongkak telah lama ditanamkan oleh para pemimpin DAP kepada masyarakat Cina, terutama sekali yang perasan merea lebih baik daripada orang Melayu.

Anehnya, mereka tidak menganggap itu sebagai RASIS atau perbuatan yang menjurangkan lagi POLARISASI biarpun bukti nyata menerusi kewujudan sekolah-sekolah Cina yang semakin bertambah, desakan oleh persatuan-persatuan mahupun Chambers of Commerce berasaskan Cina serta tuntutan agar Cina diberikan lebih keistimewaan, boleh dilihat dengan mata kasar di seluruh Malaysia. Malah paling ketara ialah apabila hampir kesemua masyarakat Cina gagal berkomunikasi dan berinteraksi dengan fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan, termasuklah di kalangan para pemimpin DAP sendiri.

Perubahan di kalangan masyarakat muda Melayu yang tidak pedulikan tentang sejarah, memudahkan lagi kerja-kerja DAP yang mahu menguasai negara ini dan mengubah Perlembagaan Malaysia serta Undang-Undang Tubuh beberapa buah negeri termasuklah Perak agar lebih memudahkan DAP menjadi Ketua Negara dan Ketua Negeri.

Disebabkan itulah, sesiapa sahaja yang akan cuba menyedarkan orang Melayu dan Bumiputera di negara tentang bahaya survival mereka sekiranya dibiarkan DAP berterusan menjadi pencatur penting kuasa politik di Malaysia, akan dilabelkan sebagai RASIS. Biarpun dibuktikan dan dinyatakan bahawa yang RASIS sebenarnya adalah DAP, para pemimpin parti tersebut jauh lebih bijak menyanggah dan kemudian menukarkan masalah tersebut kepada musuh mereka.

Kita dapat melihat gerak kerja DAP yang lebih tersusun dan berstrategik. Fasa terbaru sudah dimasuki setelah fasa-fasa sebelum ini berjaya dimenangi oleh DAP termasuklah dalam isu KALIMAH ALLAH dan isu-isu tanah. Pengulangan penghinaan terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu pastinya mengingatkan kita semula kepada kisah pada Februari 2009 apabila DAP berjaya menggunakan orang Melayu yang merupakan penyokong PAS untuk menghina DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Muda Perak selain menyerang kedua-duanya menggunakan media sosial.

Cubaan tersebut telah disambut dengan penuh gembira dan dari semasa ke semasa ia dipergiatkan. Pembabitan anak-anak muda Cina sama ada di Malaysia apatah lagi di luar Malaysia, begitu menggalakkan.

Kesemua itu tidak dianggap RASIS tetapi apabila ada pemimpin Melayu yang menggesa Melayu-Bumiputera memperkukuhkan saf dan bersatu, ianya dianggap sebagai RASIS.

Begitulah DAP… anehnya, ramai Melayu yang sangat terpengaruh dengan tipu daya yang tidaklah sebijak mana tetapi sangat efektif ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");