Membawang Hari Ini

Dapur MSM 2 tidak lagi ‘berlagu’

Kenchana Devi terpaksa mengundurkan diri dari dapur MSM 2:-

KEHADIRAN pelakon dan juga bekas penyampai radio Suria FM, Kenchana Devi, dalam cabaran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2), sememangnya membawa senyuman dan gelak tawa rakan seperjuangannya.

Bukan sahaja sering bergurau dengan juri yang juga chef, malah suara Kenchana sering didengari di dapur MSM dengan lagu-lagu India secara spontan.

Terpaksa mengundurkan diri dari terus melangkah ke peringkat separuh akhir, Kenchana akur dengan penyingkirannya itu.

Hanya berjaya mengutip 7.5 mata keseluruhan dan yang paling rendah, Kenchana tidak kecewa dengan keputusan itu malah menganggap pengalaman di MSM 2 banyak mengajarkan dalam dunia masakan.

“Pada mulanya, saya tidak sangka yang saya berjaya disenaraikan dalam Top 10 kerana saya bukanlah hebat sangat berbanding dengan rakan-rakan lain.

“Bila dah sampai Top 5, lagi saya tak percaya, apatah lagi jadi Top 4. Memang saya tidak menjangkakannya dari awal lagi.

“Saya berterima kasih kepada chef yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan nasihat dalam menyediakan hidangan,” katanya yang berjaya menyumbangkan RM9000 kepada Child Information, Learning And Development Centre (CHILD).

Dalam cabaran menyiapkan empat hidangan itu, Che Ta mendahului Celina dan Syura dengan kutipan mata sebanyak 9.5. Manakala Celina dan Syura hanya mendapat 9 dan 8.5 mata.

Penyingkiran Kenchana menyaksikan Che Ta, Celina dan Syura bakal berentap di pusingan separuh akhir untuk menempa gelaran juara.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");