Membawang Hari Ini

Elly Mazlein jayakan karya P Ramlee

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein, akui agak teruja kerana diberi kepercayaan pihak produksi untuk menjayakan filem ‘Hanya Dikau’ arahan Amie Maziah bersempena Anugerah Tribute P Ramlee.

“P Ramlee bukanlah nama asing dalam industri ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun karya-karyanya masih lagi melekat di hati masyarakat sehingga ke hari ini.

“Bagi saya terlibat dalam lakonan ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya. Walaupun diberi nafas baru, namun telefilem ini sedikit sebanyak sudah cukup untuk menguatkan karya-karya P Ramlee,” katanya yang turut tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada anugerah tersebut yang berlangsung 7 Jun ini.

Dalam perkembangan lain, Elly akan berangkat ke Amsterdam bagi menjalani penggambaran drama bersiri Mencari Cinta.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");