Sukan Hari Ini

FAM: Tiket laris, petanda positif

SETIAUSAHA agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan keghairahan peminat menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2013 membuktikan sokongan berterusan terhadap perkembangan bola sepak tempatan.

Ujarnya, melihat situasi yang berlaku ia perkembangan positif daripada kedua-dua pasukan dan mengharapkan ia memberi gambaran baik buat pasukan lain.

“Sehingga jam 12 tengah hari (semalam), sebanyak 20,000 tiket di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9 pagi telah habis dijual.

“Berdasarkan jumlah jualan tiket yang diagihkan di Kelantan dan Johor Bharu, kita jangkakan stadium dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan,” katanya.

Hamidin turut memaklumkan, kira-kira 8,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi memastikan kelancaran perlawanan.

“Kita harap penyokong mematuhi segala peraturan ditetapkan, elakkan sebarang unsur provokasi kerana ia menyebabkan berlakunya keadaan tidak diingini,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");