Jenayah

Gara-Gara Halang Teman Wanita Diganggu, Lelaki Maut Dibelasah

JOHOR BAHARU: Gara-gara menegur sekumpulan lelaki yang menganggu teman wanitanya, seorang lelaki maut setelah dipukul dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kebun Teh di sini awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Ong Kien Chong, 27, dikatakan ke kelab berkenaan untuk berhibur bersama teman wanita dan tiga lagi rakannya.

“Ketika sedang minum, tiga lelaki daripada meja berdekatan dilapor telah menganggu teman wanita mangsa dan seorang lagi rakan wanitanya menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Pertengkaran itu kemudian berlarutan sehingga ke luar kelab malam dan ketiga-tiga suspek dikatakan menyerang mangsa dibantu lima lagi rakan mereka dengan bersenjatakan parang dan kayu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Berikutan pergaduhan itu Ong yang merupakan pekerja logistik sebuah syarikat swasta di Perak bersama seorang lagi rakannya mengalami cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Ong mati pada pukul 6.15 pagi manakala rakannya masih dirawat di hospital berkenaan.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");