Perak Hari Ini

Graduan Lulusan Agama Perlu Versatil Dalam Masyarakat Majmuk

Graduan yang berkelulusan agama perlu bijak menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk di negara ini tanpa berkompromi dengan prinsip-prinsip Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan usaha ini boleh membantu kerajaan dalam melahirkan anggota masyarakat yang versatil.

“Saya menyeru supaya graduan yang berkelulusan agama, khususnya yang terdidik dengan agama Islam sentiasa berada dalam persada masyarakat dengan bijak menyesuaikan diri dalam apa jua bidang.

“Ini dapat membantu mereka menyumbangkan ilmu pengetahuan yang dipelajari untuk manfaat atau faedah demi kepentingan umum,” katanya.

Tambahnya, keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama serta budaya harus dihormati dan tidak seharusnya berada dalam kepompong yang sempit.

“Kita harus sentiasa positif dalam memperkasakan masyarakat dan jangan berada dalam kepompong yang terlalu sempit.

“Mereka yang terdidik dalam bidang ini harus menceburi pelbagai bidang profesonal tanpa mengenepikan prinsip-prinsip keagamaan,” ujar beliau lagi.

Menurut Ahmad Zahid lagi, Islam akan terus dihormati jika menjadi pemangkin kepada penyatuan masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Alumi Sekolah Izzudin Shah dan Koperasi Bekas Pelajar Izzudin dan Sekolah Taayah di Ipoh, pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");