Perak Hari Ini

Henti Perhimpunan Bantah 505, Akur Keputusan Rakyat

Tindakan pihak pembangkang yang masih meneruskan provokasi melalui perhimpunan Bantah 505 membuktikan mereka langsung tidak peduli dengan keselamatan rakyat dan nikmat keamanan yang dikecapi negara hari ini.

Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, berkata pemimpin pembangkang perlu menghentikan perhimpunan yang mempertikaikan keputusan PRU-13 dengan segera.

Menurutnya, mereka harus menerima dengan terbuka keputusan yang dipilih rakyat untuk terus setia dan memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jika perhimpunan haram ini berterusan, ia bukan sahaja merosakkan ekonomi bahkan mengganggu ketenteraman negara, sekaligus merugikan Malaysia pada masa akan datang,” jelasnya.

Beliau juga kecewa dengan sikap segelintir rakyat yang sehingga hari ini tidak mahu menerima kebaikan kerajaan, sebaliknya masih mempercayai fitnah yang dilemparkan pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit , Khairul Shahril Mohd, menyatakan bahawa pembangkang perlu akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memaklumkan tiada unsur penyelewengan pada PRU-13.

“Cukuplah ikhtiar sebegini kerana tindakan pembangkang ini akan merosakkan masa generasi akan datang yang bakal memimpin negara pada suatu masa nanti,” kata beliau.

Ketua Kampung Baru Bota, Idris Mohd Sidek, pula mengingatkan generasi muda supaya tidak leka melayari internet atau facebook sahaja tetapi perlu mengambil inisiatif untuk mencari informasi menerusi media perdana juga.

“Hentikan perbuatan tidak berfaedah ini. Kesannya kepada anak muda Melayu amat merugikan jika ianya berterusan dan tidak dibanteras dengan secepat yang mungkin,” tegas Idris.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaim juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini untuk mengelakkan kekecohan berlaku.

“Saya menyokong tanggapan yang ditegaskan Perdana Menteri bahawa elok cegah dari mengubat atau merebak seperti yang berlaku di negaa Mesir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");