Program Basmi Kemiskinan

Hilang Punca Pendapatan, JPJ Digesa Percepat Kelulusan

Seorang pemandu teksi mendakwa kehilangan punca pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan apabila permohonannya untuk menukar kereta Proton Saga Limosin kepada teksi sewa, awal Mei lalu masih belum diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Zalman Mohd Khalid, 40, dari Taman Sri Desa, dekat Ipoh berasa kesal kerana Bahagian Teknik JPJ tidak memberi penjelasan kukuh berhubung kelewatan kelulusan permohonan yang dikemukakannya.

“Saya hilang punca pendapatan sekitar RM3,000 sebulan sebagai pemandu teksi sedangkan keempat-empat anak saya masih belajar.

“Jika masalah ini terus berlarutan, saya bimbang masa depan keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada saya akan terjejas,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Zalman memberitahu permohonan sudah dihantar pada 3 Mei ke bahagian kejuruteraan teknik JPJ di Putrajaya.

“Saya membelanjakan hampir RM20,000 untuk tujuan itu dengan harapan apabila permohonan diluluskan kelak, pendapatan saya sebagai pemandu teksi akan meningkat,” katanya.

Seterusnya, Zalman menegaskan, apabila permohonan dikemukakan, beliau dimaklumkan proses kelulusan hanya akan memakan masa tujuh hari bekerja tetapi malangnya sehingga hari ini, masalah itu masih belum selesai.

Katanya, alasan pegawai bertanggungjawab bercuti diberi sebagai punca mengapa kelulusan belum diperolehi sehingga kini.

Sementara itu, Mohd Rawi berkata, pihaknya akan cuba membantu Zalman dengan menghubungi dan merujuk perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, masalah itu dapat dielakkan sekiranya setiap agensi kerajaan mempunyai pengganti kepada mana-mana pegawai mereka yang bercuti atau berkursus bagi memastikan sebarang permohonan dapat diluluskan mengikut tempoh masa ditetapkan.

“Selepas meneliti segala dokumen yang ditunjukkan oleh Zalman, masalah ini tidak sepatutnya berlaku dan kita akan rujuk kepada JPJ dengan secepat mungkin untuk menyelesaikannya,” kata Mohd Rawi lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");