Perak Hari Ini

Hina Agong: KDN Perlu Bertindak Tegas

Tindakan segelintir individu yang memperlekehkan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di laman media sosial baru-baru ini jelas menghina institusi diraja yang menjadi tonggak negara ini.

ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria, menegaskan beliau berasa cukup sedih dengan tindakan biadap segelintir individu yang sanggup menghina dan memperlekeh-lekehkan titah YDPA, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang antara lain meminta semua pihak akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ujarnya, perlu mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka ini sebagai pengajaran dan teladan kepada rakyat yang lain.

“Tindakan individu ini jelas menghina YDPA dan janganlah kerana berbeza fahaman politik, sampai sanggup mencemar nama baik institusi diraja yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Bagi saya, mereka yang melakukan perbuatan ini cukup biadap dan kurang ajar kerana tidak memahami konsep institusi diraja yang menjadi tonggak negara ini dan sebagai rakyat, kita perlu menghormati dan patuh kepada YDPA,” katanya kepada Peraktoday.com.

Mengulas lanjut, Mohd Nizar memberitahu kerajaan perlu bertindak tegas dengan menahan mana-mana individu yang memberi persepsi buruk terhadap institusi diraja.

“Dengan tindakan tegas yang diambil, ia diharap memberi pengajaran kepada yang lain dan kita seharusnya bersyukur kerana negara ini aman makmur dan rakyat hidup bersatu-padu sejak sekian lama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");